@ Dashboard | Exit


Footstep



Follow Me !


About PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya)
Posted on Thursday, April 21, 2016 at 1:50 PM | 0 00 Comment (s) Click to Comment
Well, for me PASUM is a sweet nightmare . 

>Click For Location<

Assalamualaikum.
So basically post ni akan menceritakan segalanya tentang PASUM berdasarkan pengalaman aku belajar kat sini batch PASUM 15/16.

Firstly, aku nak bagitahu yang aku pelajar Asasi Sains Fizikal, sangat terpesong dari cita cita asal aku yang nak jadi doktor. Aku tukar course ni dalam sistem upu last minute dan akibatnya aku tak tahu nak jadi apa sekarang. LOL. Dulu senior ada cakap semua boleh tukar course bila dah sampai sini tapi tiba tiba batch aku dia limitkan dan aku tak dapat tukar course. So, nak pilih apa apa course pilih betul betul!
and the most important thing, aku tak tahu pun pasum tu apa HAHAHAHAHAHAHAHHA

Minggu Suai Kenal Pelajar(MSKP)

First week kat sini biasalah minggu suai kenal pelajar. Aku ditempatkan dekat Kolej Keduabelas UM. Ramai lagi dekat kolej lain. KK12 ni kolej paling dekat dengan PASUM tapi semua akan ditempatkan semula kat Kolej Kesebelas sebab kat sini diorang kumpulkan semua student asasi. Aku dapat duduk KK12 sebulan je. Kat KK12 ni 2 orang satu bilik, lagi selesa dari KK11, 4 orang satu bilik. Aku sebilik dengan Hamizan. Kami orang first yang daftar LOL sebab mak aku kena pergi konvo kakak aku dekat Melaka hari yang sama.

pasum & payung berpisah tiada 

Ok, back to MSKP, seminggu pertama PASUM bagi kami relax dulu, abang kakak FP pun ada cakap "korang main lah dulu sebelum neraka datang". DEEP GILA. Aktiviti minggu ni biasalah, team building tapi environment dia serious lain. Sumpah best & tak dapat cari kat tempat lain. FP semua sporting gila & diorg tak suka marah marah. Hari penutup MSKP ni biasanya diadakan dekat Dewan Tunku Canselor (DTC) aka Dewan Tak Cat. Kenapa Dewan Tak Cat ? Memang dewan ni tak cat sebab nak pelihara bangunan yang dah lebih seratus tahun ni!

kompleks pasum


and fyi, i am one of the fp yang akan jaga student baru untuk tahun ni. 28 & 29 Mei ni daftar. daftar nanti jangan lupa siapkan terus semua dokumen yang dia nak. siapkan lebih lebih lagi elok. gambar tu nak banyak. suntikan rubella pun wajib untuk lelaki. kalau tak susah korang nanti nak deal dengan pasum. yang dapat pasum tu tegur tegur lah nanti :D


ni tempat typical nak ambil gambar. awal awal masuk pasum & bila pasum dah habis.





Beginning of PASUM

Course              : Sains Hayat & Sains Fizikal
Waktu belajar : 8am - 5pm

1 June 2015, hari pertama pergi lecture. gila tak cuak! first time masuk DKU, stands for Dewan Kuliah Utama. Ada satu lagi lecture hall dekat Kompleks Pasum tapi audi dkt sana tu budak hayat guna untuk first sem. so kitorg guna dku dulu utk sem ni.

first week, ada lecture je. tutorial takde, lab pun takde. tutorial biasanya start 2nd week & lab start 3rd week. so minggu awal2 ni nak jimba pergi mid ke pergilah. lepasni dah tak sempat! sempat je sebenarnya hahahahah mid dekat sangat. dah mcm rumah kedua lol. aku dah bosan pergi mid.

nak pergi mid valley senang je, naik teksi pergi stesen lrt universiti lepastu naik bas pergi mid. ataupun boleh gak naik lrt pergi kl sentral then naik ktm turun kat mid valley. satu benda aku suka pasum. KAU BEBAS! tak macam dekat dengkil, cfs iium, asper. kau nak keluar pukul berapa nak balik pukul berapa terpulang. guard tak kesah pun. tapi gate kolej tutup pukul 12 so pandai pandai lah nak masuk balik. aku pernah satu kelas keluar sampai pukul 4 pagi tengok wayang dekat pavi.



kalau nak senang korang buat awal awal lagi tutorial hari sabtu & ahad tu. lab report pun sama. so throughout of the week kau boleh bebas. rehat malam2 kalau rajin study. kalau rajin lah :D

Kat pasum ni banyak gila aktiviti. lagi best kalau korang join jadi ajk ke apa ke. nanti akan ada pemilihan untuk jadi JTK. kalau rajin masuklah. aku malas sikit nak handle aktiviti dalam kolej so aku jadi biro utk Jogathon dan Malam Emas je. dua dua tu aktiviti bawah pasum.

ni gambar bersama MT Jogathon. tak semua ada huhuhu

basically first sem ni sem yang korang kena score. jangan main main macam aku nanti menyesal. kalau boleh score terus 4flat sebab result sem 1 ni nanti korang akan guna untuk apply mana mana universiti kat luar nanti, overseas pun boleh. first sem punya subjek lagi senang daripada second sem. so score betul betul!

subjek budak hayat :

  • fizik
  • kimia
  • mathematics
  • biology
subjek budak fizikal:

  • kimia
  • mathematics
  • computer science
  • fizik
matematik ada pecahan lagi. paper algebra, calculus, statitistic & probability dan budak fizikal ada lebih, vector, engineering math.
subjek macam fizik, kimia, biology tu ada 4 pecahan. fizik 1 & fizik 2 belajar first sem. fizik 3 & fizik 4 belajar second sem. sama jugak mcm kimia dgn biology.

bagi aku engineering math paling susah. encik ismail dah bagi satu satu soalan apa akan keluar tapi still tak boleh jawab. bayangkan hahahaha dan math satu satunya punca aku susah nak dapat 4flat haih.


gambar hipstur exam hall

nanti akan ada subjek jati diri. bagi aku benda ni paling boring. pergi lecture ni jangan lupa bawa lab report. salin lab report time ni. nak tidur pun boleh. satu lagi subjek english. kena lulus je. alah soalan kacang kau masuk exam je terus jawab. setel.

AKU NAK CAKAP AWAL AWAL BUDAK HAYAT PEREMPUAN LAWA LAWA & BUDAK FIZIKAL LAKI HENSEM HENSEM. SO SET TARGET SEKARANG HAHAHAHAHAHHAHAHA
nanti akhir akhir akan ada malam emas pasum. kira macam malam perpisahan lah. top students akan dapat hadiah. kat sini kau boleh tengok manusia manusia yang kau tak pernah nampak pun tetiba wujud dekat pasum. kitorang punya event buat dekat pwtc. gempak kan ? kalau kau bertuah lagi kau akan dijemput untuk mandeta daripada pihak kolej. tahun ni buat dekat royale chulan hotel, bukit bintang.

kat pasum semua event best best. korang takkan menyesal masuk pasum nanti. event paling best bagi aku artfest. nak tahu ? masuk dulu pasum :D

artfest seems like a wild party ;)

salah satu keistimewaan pasum ni bagi aku bonding dia sangat sangat kuat. kau kenal setahun je tapi kau dapat rasa kau rapat gila dengan member member kau. pasum ni memang nightmare bila nak buat revision. lagi lagi orang macam aku suka study last minute. tidur sampai 3, 4 pagi sebab study. kadang kadang sampai 5.30 sebab terlebih kopi HAHAHA


ok bawah ni aku nak belanja gambar kat pasum :)

everyday view from block b kuaz. you can the tm tower there. during the haze, you can barely see it.


"okay semua acah one direction"

trip cubemates ke broga hills.





tak lupa juga depan kk11 ni ada kolam renang. jangan lepaskan peluang !

geng pergi pavi tengok midnight movie dilwale. balik pukul 4 pagi

study squad 2k16.


class trip ke Lepoh Waterfall, Ulu Klang.



sekitar malam emas.




last day of lectures, lab and tutorials of pasum 1516 with classmates. FL1 kids. anak anak harcharan.






last day final pasum 1516.



FAQ

Q: Apa beza pasum dengan asasi lain, matrikulasi, diploma ?
A:

Q: Kelayakan masuk pasum ?
A:

Q: Pasum ni susah ke ?
A: Senang je kalau kau fous dalam lecture, buat tutorial tak tiru member. Nak prepare last minute pun boleh . tapi math memang susah bagi aku hahahaha

Q: Subjek apa paling best ?
A: Aku paling suka computer science sebab aku suka programming.

Q: Takde rehat ke dari 8am sampai 5pm ?
A: Ada je. Bergantung jadual kelas korang. kelas aku ada hari yang pergi pukul 10. ada yang balik pukul 2 petang. depends lah. yang tak bernasib baik tu kena la 8 sampai 5 tiap tiap hari

Q: Tak siap tutorial takpe ke ?
A: Kat sini tutor dah mostly tak kesah. sebab masing masing dah besar nak marah pun tak guna. nak berjaya buat tutor jangan malas !




if you have more questions to ask you can contact me via twitter or ig or comments ! links kat atas !
or maybe any ideas on something more to write here ?
Sincerely, Fauzan.



◁ Older Entry

2011-2016 Official Blog • All Rights Reserved © • Template by Fauzan Himmi™